Assalamualaikum. Dah menjadi tabiat aku agaknya 2015 ni setiap hari tidur pukul 1.30 takpun pukul 2. Sebab? Isnin sampai sabtu kecuali selasa ada tuisyen balik pukul 10 malam lepastu makan solat rehat kejap sejam pastu pasang ayat al quran atau lagu buat homework. Alhamdulilah. Makin meningkat prestasi. Jinakkan hati dengan selalu dgr ayat alquran, sampai ada bberapa hari tu aku rasa menyampah nak dengar lagu eventhough tu lagu favourite aku. Pastu bila dah menyampah tu aku dgr lah ayat quran. Lagi2 aku download fatih seferagic, sheikh mishary rashid dengan saad al ghamidy punya bacaan memang merdu tahap terapung la. Lepastu kalau rajin aku pergi pasang cd ustaz syah. Lagi berkat sebenarnya buat hw ke study sambil ada background ayat quran. It suits you u know? Hehe. Cuma kalau dah gedik sangat kata dah lama tk dgr lagu tu dgr la kejap huhu.
Pastu hobi aku sekarang lepas habis buat hw, tak menulis aku membaca buku diagnosis tu. Sehari satu bab gitu. Haha. Pastu aku akan masuk bilik pandang every subjek. Kalau contoh harini aku pandang buku bio aku rasa aku jatuh cinta aku terus ambik dia lepastu dating kat depan hahaha. Ikut mood akuuuu je eh nak study apa.
Aku ni jenis orang malam. Wlupn sometimes penat gila sakit kepala apa semua tapi aku lg prefer study malam. Cuma keburukan dia esoknya aku akan mengantuk tahap gaban.
Aku dengar housemanship ni penat sangat2 lagi2 kalau tengah oncall. Ya Allah, menjatuhkan betul la impian aku nak jadi doktor tapiiiiiiii kena la fikir dua tiga kali! Kerja apa je yg tak susah? Nak senang dok umah tengok tv tidur makan mcm org dungu pastu harap duit orang lain. No no no. Haha. Takdelah, everything that we do, we want to do, tajdid la niat. Ikhlaskan niat kerana Allah, Parents, ummah. In shaa Allah, Allah akan permudahkan.
Aku ni dahlah self confidence takde. Kira macam sebelum jumpa orang ni, aku akan fikir semua yg aku nak cakap dengan dia. First time jumpa punya contoh ni. Pastu bila dah berdepan, haa hambik kau terkelu lidah weh! Tapi kalau umur dalam dekat2 je dengn aku semua orang aku lek je tegur hahaha cuma kalau dngan certain people, I just cant. Yes i can! Tapi tak cukup confident lagi.
Nak cakap sikit la, minggu ni, aku ada mcm nyampah dengan si fulan ni. Aku cukup tak suka if you want something from me, you have to come to me and show an effort to come to me. Bukannya tunggu aku melutut dekat kau. Cekeleh emo. Haha. Tp, tolonglah, aku tak suka la macam tu. Bagi barang ke apa even benda kecik pun aku rasa eeeeee hahaha cepat annoyed jugak aku ni ye?
Lagi satu, ramai yg lupa janji Allah. Lelaki yg baik utk perempuan baik. Perempuan baik untuk lelaki yang baik. Sama jugak dengan jahat.
"aku nak lelaki soleh alim handsome kaya blablablabla"
Tapi perangai kau? Tergedik sana sini dengan lelaki lain. Tepuk tampar.
Lelaki pulak, "aku nak perempuan pandai masak, bijak, cantik, pakai purdah, solehah, jaga kata2"
Tapi perangai kau? Carutan menjadi kebiasaan bagi kau. Taknak tundukkan pandangan macam apa yg Allah suruh. Pelajaran entah kemana ada hati nak isteri educated.
Ye, tak salah berharap dan meminta. Berdoalah dekat Allah. Jodoh tu ada je, tak mustahil kau dpt orang yg berbeza betul dengan kau, ada hikmahnya. Tapi syarat dia you have to be a good person la if you want a good wife or husband. Ikhtilat benda paling susah nak jaga. Even aku yang tengah mencuba ni pun selalu fail, tapi asalkan ada peningkatan tu alhamdulillah lah. Nak pasangan kau yg baik, jaga ikhtilat, kau sendiri kena ubah diri kau macam apa yang kau nak dripd orang lain. In shaa Allah, kalau niat kau ubah kerana Allah, Allah akan hantar orang yg baik untuk kau.
No hard feelings. Sambil tu aku nasihat diri aku. Tak specific kepada sesape pun tp expose kpd majority teenager. Mak dengan ayah selalu pesan, jadilah insan solehah, in shaa Allah dpr orang yg soleh jaga awak :') mak ayah, doakan ye orang nak jadi doktor walaupun macam mustahil. Hahaha. Moge aku sempat membahagiakan keluarga aku. Aamiin :)
No comments:
Post a Comment