February 28, 2015

Kita lari dia datang

Kita lari dia datang? Peliknya. Tapi kalau sesiapa yg pernah rasa, yes. Awak akan faham :)

Bila kita nak buat baik, benda yg jahat tu datang balik kat kita dan menghantui kita. Tapi kan, pendakwah, da'ie, selalu cakap. Kalau dalam hati dah ada Allah, dah ada islam, benda jahat tu datang la macam mana cara pun, buat kita rasa serba salah ke apa ke, tapi kalau niat kita kerana Allah, kita tak akan layan benda jahat tu. Kita nak makin lari. Dan kuatkan hati supaya jangan layan benda jahat tu. Serba salah dengan manusia? Fikir lah. Awak nak rasa serba salah dengan manusia tu ke ataupun rasa serba salah dengan Allah? Bila dah janji dengan Allah yang kita nak ubah something to be a better thing, takkan kita nak tinggalkan niat dan azam kita hanya kerana rasa terhutang budi ke, serba salah ke, dekat orang tu. Dekat manusia.

Antara manusia yang kau nak lari tu dengan Allah, fikir lah, siapa yang bagi kau udara nikmat hidup semua ni dekat kau? Siapa yang bukak pintu hati kau nak berubah? Siapa? Think and act berdasarkan nawaitu :) goodluck.

No comments:

Post a Comment