January 31, 2015
Kata Hati
Aku dah cakap. Kalau aku tengah ada mood nak type tu, random semua benda aku cakap.
Goals aku. Nak cakap pasal tu tapi banyakkkkk sangat and kalau cerita macam over tp takpelah biar ajelah aku tau sorang2 hahaha
Tahun ni tahun spm. Tak sangka oh aku dah form5. "mak, nur dah form 5 dah" lepastu mesti akan dpt jwpn "kejap jee lepasni kejap je dah mintak mak nak kahwin" hahahahaha noooo im still young kalau boleh nak mengaku aku ni darjah 3 ke boleh tak. Haih.
Kesihatan aku, makin kurang la kot... Tak constant. Cuma bila ada masa sakit dia tu, hanya Allah tau. Haha. Ya Allah, aku mohon kekuatan fizikal mental zahir batin untuk aku kuat nak seimbangkan ilmu dunia dan ilmu akhirat. Bukan apa... Aku sendiri yg nak ambik tuition f4 f5. Aku tau jadual akan packed gila and penat.
Macam yg Februari ni... Haa kan kejap je rasa mcm baru masuk sekolah. Pastu dah bulan 2. TAKYAH COUNTDOWN SPM TAUUUUU!!! Hahaha ok.
Macam yg feb ni, selasa dgn ahad je aku ada masa nak study atau rehat. Isnin balik skola ada la masa nak tido. Then 8-10pm tuition. Rabu paling best. Tido dah lambat kalau weekdays sebab siapkan hw. One of my azam taknak tangguh. Tido dlm 1.30 am. Bangun 6.30 cmtu la. Mmng setiap kali bangun pagi kena take time dlm 2-3 minit nk stablize heartbeat lain macam. Gi skolah balik pukul 4.30 sebab koko. Terus pergi tuition sebab sejarah 5-6. Malam tu 8-10 tuition lg. Khamis jumaat 8-10 gak. Sabtu pagi. Hadoiiiiiiiiiiiii
Yeah. Memang penat. Aku ada mood nak menulis ni pun sebab, aku cuti isnin selasa. Hari wilayah. Cuti dua hari kira hadiah paling bermakna kot sekarang ni. Baru bulan 1. Dah physically mentally exhausted.
Penat memang penat. Tp dalam masa yg sama aku suka dgn kesibukkan aku. Aku dpt lupakan some of things that happened masa december 2014 tu. And aku dpt hilangkan fikiran negatif aku abt myself. Banyak hikmah sebenarnya. Dan aku paling sayang nak tinggalkan alam persekolahan seriously. Wlupn 50% lg hati aku dah fedup dengan skolah hahaha. Senior yg paling byk nasihat aku supaya appreciate the moments while im still in a sec sch is abg zul, dr form 2 i think dok sebut bnde tu. Hahaha.
And alhamdulilah my life is getting better dengan ketiadaan mereka bertiga yg pernah buat aku rimas, wlupn kkdg muncul, but everything was very okay. Alhamdulilah. Aku pulak bahagia betul sejak 23rd january haritu. Hahaha. Pergi skola sengih mcm apa. Trok tol kau ni qis! Bila bagitau mak terus kena cop ngade hahahaha okok thank you Allah semoga apa yg berlaku tu akan jd kenyataan aamiin!!!!!
Aku rasa sayang nak tinggalkan kesibukkan aku ni. Kerinduan kt ibnusina, kebahagiaan dgn 5sc1, rasa telinga berdarah setiap kali raja membebel, hahaha semua tu, im gonna miss all those things. Aku rasa sayang nak tinggalkan semua benda.
Jumaat lepas kan, macam biasa ustaz syah akan baca al fatihah and doa. Yassin budak2 baca. Tiba2 kali ni punya doa aku rasa macam sebak sangat. Mungkin sebab mcm ada relate sikit dengan aku kot. Nangis ahh hahaha. Ada la mengalir sikit.
Dalam hati aku terdetik masa aku ambik result pmr. The happiest moment when you can make your parents, family, cikgu kesayangan kau semua bahagia dan bangga atas kejayaan kau. Kawan2 pun sama2 berjaya. Tu saat paling emotional dohhh hahaha. Harapan aku, sebelum spm dengan sebelum aku operate, aku nak jumpa semua cikgu yg pernah ajar aku and most important, aku nak jumpa ustazah husna.
Semoga impian aku tu jd kenyataan aamiin in shaa Allah. Aku doakan kawan2 toottoot aku, ibnusina, science 1 and semua sahabat2 aku dpt jwb setiap exam dengan baik. Berjaya sama2 yee. In shaa Allah.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment