Assalamualaikum wbt.
Untuk post ni takde gambar. Sebab nak cakap pasal dolu-dolu. Haha. ok i just don't know how to start it.
Mengenangkan kembali detik 2011.. Masa tu aku agak janggal untuk masuk ke Setapak Indah. Sebab aku bukanlah asal dripd DK or SI. Aku dari DS. haha. not dewan selera okay. its desa setapak. Alhamdulilah adalah sorang kawan dripd DS masuk sama dengan aku.. Gang pulak tu. Gang masa darjah 5. Masa orientasi tu pun aku kenal beberapa kerat je orang sebab aku tuisyen ramai budak DK. So how awkward masa orientasi sebab tak jumpa Afiqah. Masa cikgu umum nak masuk aliran agama tu I was like pandang my mom and dia nak aku masuk. Tapi aku punya cari Afiqah tanya dia nak masuk ke tak. Mula2 hati tu berbelah bahagi nak masuk. Yelah arab aku pun paling tinggi pernah dapat 95% berkat meniru. hahaha. bad me when i was a kid. hee (Y) But now I've just realized betapa besar hikmah Allah nak bagi.
1 IBNU SINA 2011
So masa aku masuk kelas tu aku duduk lah sebelah satu2nya kawan aku iaitu Afiqah. Belakang aku ada Liyana dengan Aini. Ingat lagi dorang kata aku budak pendiam tapi sekali dah rapat.... oh no more pendiam. hahaha. Masatu aku pandang Irfan dengan Muaz je sebab aku rasa kalau dorang jadi ketua tingkatan pun okay. Tapi bila dah tau how nakal budak laki is.... terus cancel pemerhatian aku. hahaha.
Ingat lagi Sir Rizal yang satu2nya cikgu yang kitaorang kecut tapi dialah baik bagi duit raya. Lepastu cikgu BM yang aku selalu rasa nak tidur. Sir Yusoff yang kalau masuk kelas confirm ada cerita nak cerita ngan kitaorang. Cikgu Hadhirah, cikgu Geo, and betapa happynya kitaorang bila ustazah Salwani ajar agama. Most important, our class teacher yang banyak sangat bersabar dengan kerenah kitaorg.
Makin lama Ibnu Sina makin disebut oleh semua guru dalam bilik guru.. Makin nakal, makin buat cikgu pening.. Masa nak exam baru kelam kabut nak study. Banyak memain.. Dan paling yang aku tak boleh lupa masa Nuqman marah gila dekat kitaorang tu. Ye kitaorang bersalah. A big sorry to him.
2011 tahun aku paling banyak gaduh dan nakal. Memain je kerja. Dalam kelas tak fokus. Ye ada kisah tersendiri. hehehe. Tapi bila banyak gaduh tu lah mengeratkan lagi kitaorang. Fikiran macam budak2 lagi masatu. And I remembered how irritating budak laki dalam kelas tu. Tapi irritating pun, still my awesome classmates :)
2 IBNU SINA 2012
Masuk form 2, for me tahun ni lah tahun yang banyak kenangan untuk aku. Ye macam2 buat. Tapi 2013 laaaaagi sweet kenangan dengan korang. hahaha. Masa ni agak boleh berkawan dan bercampur lah dengan semua orang. Lagi2 Faezatul. Dulu punya pendiam habis. Aku start berborak ngan dia pun bila lepak kat belakang. hahaha. Masa ni kelas kitaorang naik ke kelas 5 suria 2011. Yang kat atas sekali hujung pastu ada bilik stor tu. Bilik tu lah yang jadi sebab apa cikgu marah. Yelah time cikgu takde either budak laki atau budak pompuan conquer bilik tu.
And start from form 2, ramai jugaklah dah boleh berubah pakai tudung labuh, lelaki pakai songkok walaupun dalam kelas bukak pastu kena tegur dengan cikgu. For me, benda camni kita guna prinsip macam ni je.
Benda baik, memang mula-mula rasa terpaksa bila buat. Tapi bila selalu kena paksa dan benda tu jadi rutin harian kita, kita akan terbiasa buat. Contoh senang nak ambik, masa kita kecik dulu, mak ayah kita yang paksa supaya rajin solat 5 waktu. Ingat tak dulu, nangis2 malas nak solat. Tapi bila dah jadi kebiasaan, sampai besar kita akan buat benda tu sebab bila sekali tinggal, rasa tak sedap hati, berdosa. Sama jugak macam tutup aurat. Dulu pakai tudung kata panas apa semua. Tapi bila dah boleh berfikiran secara matang, boleh fikir dosa pahala, kita pun pakai. Mula2 hati akan rasa terpaksa. Lama2 jadi biasa. :)
Am I right? Alhamdulilah for us. Ustazah nak didik jadi lebih elok je :) K back to the topic.
Favourite kitaorang bila kelas arab dibatalkan, cikgu tak datang, ustazah tak datang. Ye itu kegemaran kitaorang. tapi tu masa form 2. And masa ni jugaklah aku ber text dengan someone yang berniat nak keluar dripd ibnu sina sejak form 1.. Aku pun rasa nak keluar. Tapi bila fikir balik rugilah. 2 tahun belajar arab dengan KKQ pastu nak tinggal camtu je. Ustazah Sa'aidah pun dah bertukar ke Ustaz Syah. Lagipun aku dah selesa ada dalam kelas tu. Belajar sama2. Setiap tahun takde pun orang baru masuk kelas tu. Takde tambah takde kurang. Semua sama. Cuma tempat duduk je selalu tukar ikut markah. Dulu protes bila tak dapat duduk dengan gang. Tapi lama2 rasa selesa dengan semua orang.
Ingat lagi aku duduk sebelah Afila dengan Iffah. Imagine lah masa cikgu Khalilah pun aku sempat berangan benda lain. hahaha. Thats why I feel so rugi sebab tak focus. tapi nak menyesal dah tak boleh. cuma don't repeat the same mistakes. Ingat lagi masa ustazah marah sangat dengan kitaorang. Actually masa tu aku pun rasa bersalah jugak mewakili classmates. Yelah aku cuba letakkan diri aku kat tempat ustazah. Punyalah ustazah sungguh2 tapi kitaorang memain.. Yeah masa tu rasa sangat bersalah. Dan berdosa. Ingat lagi Tengku nak pujuk ustazah.. Tapi ustazah datang jugak ke kelas kitaorang untuk bagi ilmu walaupun kitaorang tak serious. Yes, tulah ustazah kitaorang yang membuatkan kita lagi sayang dia <3 :) Terima kasih untuk segalanya.
Masa exam akhir tahun rasa nak keluar tu nak sangat. Tapi hati yang paling dalam kata jangan. Ok aku ikut. In shaa Allah ada hikmah disebalik semua ni..
Masa habis exam akhir tahun punyalah plan nak buat trip pergi sana sini tapi disebabkan banyak benda, cancel.. Akhirnya jamuan dekat KFC je. Tu pun buat hal gang sendiri je. But, still remember that disebalik semua ni ada hikmah Allah nak bagi :)
3 IBNU SINA 2013
Form 3 dah tekad dah taknak main-main and fokus dalam kelas. Ingat tak aku suruh sesape je yg duduk sebelah aku tampar aku kalau aku mengantuk? Sebab aku senang mengantuk. Hahaha. Dengan azam yang baru, nak naikkan markah arab and be more serious. PMR year kan. First and last batch for arab untuk SMKSI pulak tu.
Tapi, sampai pertengahan tahun, sekali miss nota cikgu, terus tak buat.. Buat dalam kertas.. Yeah, geo. Our cikgu Sulaiman. Tapi alhamdulilah aku boleh lah jugak faham tapi apa yang aku tak suka masa nak PMR lah, lagi sebulan camtu nak PMR baru aku jatuh cinta dekat Geografi! Kenapa tak dari awal? Punyalah senang geografi and aku pelik kenapa masa form 1 dulu geo boleh dapat D. K semula, menyesal dah tak boleh. Apapun, our teachers did their best. Kita punya usaha je cemana.
Form 3 dah boleh cooperate with budak lelaki. Bila ustazah tak masuk pun, mulut kata yes tapi dalam hati rasa agak rugi masa tu. tapi disebabkan ego, kata2 dalam hati tu simpan. Haha.
Cikgu Hazman, cikgu BM yang ingat aku ni sebagai budak pokok kelapa sebab aku salah bina ayat masa awal tahun. Satu2nya cikgu yang cool sebab mula2 punyalah semua kecut but he's okay actually. Ingat lagi cikgu BI, cikgu Mardhiah yang best. Tapi aku ambil remeh je english so takdelah nak score sangat tapi she's a good teacher. Cikgu Math, cikgu masa form 1 & 3. Cikgu Wahidah yang bila perli terasa tu sangat kuat. But dia dah banyak buat kitaorang lebih faham. Cikgu Sains, cikgu Masnora. Bila aku dengan Hani buat experiment sendiri dalam lab tu terus tak boleh buat experiment dah sebab meletop and bau sulphur. Cikgu Sulaiman yang kitaorang selalu buat 'kelas geo' sendiri kat belakang kelas. Cikgu Noon Asiah yang banyak bersabar terhadap Iskandar. Cikgu Asmah n cikgu Azhani our KH teacher. Aku dengan Fae selalu kena marah kat belakang sebab berborak. hahaha. Afiqah jugak. Ustaz Syah yang kadang2 tergelak jugak tengok kenakalan kitaorang. Pernah bercita-cita nak tarannum macam dia.
And for Ustazah Husna dengan ustazah Salwani yang dah macam our second Umi, 3 tahun ajar kitaorang dan banyak bersabar dengan kerenah kitaorang yang macam2 ni, Thanks a lot. Syukran jazilan yang tak terkata. ^^
Ingat lagi masa mohon restu nak PMR, tak sangka budak lelaki ada yang macam nak leleh termasuk aku lah jugak agak sebak tapi cool tahan konon. hahaha. Ingat lagi masa first kitaorang semua mula rapat masa Mukhayyam arab. Masatu aku makin yakin nak jawab arab. And masa nak PMR peluk salam ustazah sebelum jawab paper tu, oh how i miss all those memories so much!!!! Tu baru sikit. Banyak lagi benda kitaorang buat but seems macam form 3 punya post paling panjang je.
Apapun, form 3, 2013 paling banyak memories happy sedih syahdu sebak rindu sayang semua ahhhh dengan korang. Paling berharga lah. Kenakalan dalam kelas, kena marah sama2, happy sama2, gelak sama2, kena bahan sama2..
Tak tengok lagi aktiviti yang kitaorang buat luar kelas. Too many to say, yang penting simpan dalam hati semua tu :')
I won't forget ustazah Husna, ustazah Salwani, and all teachers yang pernah mencurahkan ilmu kat kitaorang, dan semua ahli IBNU SINA SMKSI 1998. Keep in touch. Kalau nak buat reunion buat trip macam pergi PS haritu. Ajak cikgu2 sekali. hahaha. Only Allah knows how much I love them. :)
p/s : Semoga kita semua dapat straight A's dalam PMR dan berjaya dunia akhirat. Kalau PMR tak bagus, its not the end of the world. Usaha lagi. Note to myself too.
THANK YOU ALLAH FOR EVERYTHING. Semua yang jadi ada hikmah. <3 :)
No comments:
Post a Comment