July 13, 2013

Kem Warisan Hulu Bernam, Selangor. SMK Setapak Indah 2013. -part 2-

Assalamualaikum.

-continue from part 1-

Kena kejut oleh kak Ainin, TKP. Kena berjaga kat luar tu dari pukul 4.15 sampai 4.45. Walaupun dapat tidur sekejap, alhamdulilah lega sebab tak sakit pape dah. And pagi tu, dalam hati aku banyak kali doa supaya semuanya okay, dalaman and luaran sihat walafiat. Sebab harini aktiviti non-stop :) Pukul 5 nak tidur kejap je. Afiqah, pergh senang betul tidur. untung lah.. aku take time sikit. haha. kitaorg duduk je kat rumput pagi tu. sejuk2. and aku pandang langit.. hehe. 5.30 camtu, pergi tandas. padahal KP dah kata tau 5.30 kena kumpul kat dewan atas tu, fasi pun kata kalau lambat kena. haha habislah.. takpelah, ramai lagi tak bangun kot. Tak mandi pun sebab malam eh pukul 2 pagi tu dah mandi enn. hehe so fresh lagi pagi tu. pergi tandas just for cuci muka berus gigi, bla3 and so what ever. then aku tunggu amina and hani kat luar tepi sungai tu. Then aku memang perasan tau someone is starring at me tapi aku watlek je. buat2 tak nampak. haha. tapi orang tu suluh torchlight biru dia, aku pun pandang jelah walaupun tak berapa nampak muka dia atas dua sebab, satu maybe mata aku yang terlalu mengantuk. dua, sebab gelap lagi. haha k dah tu jenak cakap :P then borak lah kejap kan, dia pun pergi dulu.. suara dia macam lain sikit oh hehe. 


After solat semua, ada senaman pagi. Atirah tak habis2 ngan Abang Zanusi dia tu. haha cikgu lah.. menari amende tah tapi walaupun cam tah pape and cam bdak kecik, menari jelah enn. yang aku paling tak ada hati nak buat yang ada ya ya ya ya ya. haha tah pape je. tapi yang lompat2 aku buat ah :p then ada tebuan, pindah ke kanan. dah nak kat sungai. aku duduk tepi sekali dengan green. tapi aku diganggu oleh sahabat baik hani iaitu lebah. banyak betul. haha. pastu ada soalan random siapa dapat jawab boleh pergi sarapan. then kumpulan aku, Am yang jawabkan. ohyeahh akhirnyaa makan!! pagi tu makan apa eh, mihun kot entahlah tak ingat. 

Lepas sarapan, naik dewan. haaaaa penat weh! haha. then ada aktiviti sikit. Tibalah masa yang ditunggu-tunggu.. mempersembahkan trademark kumpulan masing-masing. Oh yeahh!! WARCRY!  :D Abg Fitri buat pertandingan kumpulan mana punya trademark the best. then kitaorg buat betul-betul ah. buat dalam satu bulatan. sape kena duduk means dah kalah. then lawan punya lawan, haih habis dah suara. tinggal 4 kumpulan. okayy kita buat the best wehh!! At first aku taktahu nak pandang sape masa jerit kuat2 tu. Mula2 pandang Hayie sebab dia lead, I mean, dia cakap dulu baru kitaorg sambut. tengok style dia pehh semangatnya. then aku tengok syafiq, tengok amina, tgk ahli lain.. dah nak menang tu, ceh haha, aku tengok abg fitri je, tgk reaction dia cemana. Tuptup dia pilih kumpulan 1 menang. perghh dapat 30 stars! tapi tak sumbat lagi dalam kertas mahjong tu. nanti punya nanti, haa lupa terus. haha. memang tak sia-sia lah habis suara menjerit trademark tu. rasanya trademark kitaorg paling panjang and paling mabuk. mana taknya. Jerit macam apa. aku pun amik kesempatan nak habiskan suara time tu jugak. jerit sekuat mana yang boleh. awesome! :D then aku cakap ngan tengku, ngan amina, syafiq, semua suara style rock je. hahaha. i love those moments :) <3

Then turun pergi khemah pack barang before jungle trekking. dalam pukul 11 camtu kot. maybe akan hujan.. haha kay. then aku sumbat je beg dalam plastik alhamdulilah muat. :) dah habis tu, pergi berkumpul ikut kumpulan. laki depan, perempuan belakang. aku macam tahun lepas, depan aku si along. haha. afiqah. penyelamatku. lolol..

jap, sebelum masuk hutan, masing2 diberikan satu telur untuk dijaga. tu amanah. fasi nak sampai esok telur tu elok terjaga. Telur kmpln 1 pecah.. Am yang jumpa. taktahu, pecah sendiri kot. then sebagai denda, kena carry batu. ah pity us. haha. and alhamdulilah kawan aku bertanggungjawab. for the first time afiqah bertanggungjawab jaga telur kmpulan dia. haha pegang lah dia sorang2. :p then...

Masuk lah hutan.. redah sungai. river trekking. haha okay cerita moments paling best!!!

Masa first tu, GREEN buat gila. Atirah ah. sombong tak pegang tangan aku haa kan jatuh. haha. paling best bila... air sungai yang deras kat kuat bunyi dia. so aku jerit wehhh pegang aku!!! atirah pulak green!!! lepas je dia cakap, aku ngan dia termasuk dalam air. hahaha. ahli green lain gelak bagai nak gila. takpe ah kena gelak aku bahagia je. no feelings :D then sampai kat satu tempat, kayu besar, kena lalu bawah. aku keluar je muka dari bawah kayu tu, syafiq baling air. ahhhh kena muka aku. aku nak baling balik dia lari. eh budak ni nakal bebeno. haha. then lepak jap kat situ sebab tunggu orang belakang ramai lagi. depan aku budak2 laki. KP, TKP, kanan aku hani and afiqah. main baling air ngan dorang. haha. hani lah paling best, dia dah kering. aku ngan afiqah baliing air kat dia. haha tahun lepas pun kena macam tu jugak.. hee sorry babeh. :D 

Then continue perjalanan.. sampai kat satu tempat ni, abg fasi kata boleh mandi, rehat jap kat sini. laki sebelah kiri, perempuan sebelah kanan. aku dengan bahagianya baring atas air.. then dorg simbah air. eh sabo jelah. tengah sedap tenangkan fikiran pandang awan, terapung atas air, ada aje yang kacau. pastu main tahan nafas paling lama. kebetulan, abg adli datang, takut dia marah, tangguh jap, dia dah belah, kitaorg pun 1,2,3 tahan nafas.... hani menang. haha sebab aku banyak gelak. :p 

Haaa yang ni best!!!!! Abg fasi panggil ke tengah. ada game. ala game biasa je. tapi just enjoy jelah and jadi besh!! main lagu roti canai. first, lelaki menang. pastu perempuan memang. pastu lelaki menang balik. bila kalah, kena baling air untuk pihak lagi satu. tapi yang sabarnya, bila perempuan kalah kita diam je tak balas balik air. bila lelaki kalah, dorg pun baling air jugak. hahaha lagi2 budak form 1 yg duduk bertentangan ngan aku. dia baling dahlah banyak. haha sabo jelah. tapi tak sakit hati ke apa pun.. bahagia je. :D 

Then solat medan.. Then continue perjalanan.. Sebelum tu, kitaorg ejek abg adli penghulu sungai. tengok ah dia duduk tengah2 sungai buat yoga. haha. tahun ni tak macam tahun lepas. ada lumpur tu. eeee taknak! haha. geli. tapi lumpur cara lain menanti kami di kem..

Balik kem.. Punyalah kejap je redah hutan.. dorg kata SEHARIAN DALAM HUTAN. lah sangat. haha. tak hujan pun. then aku dah ngantok.. makan pun mata kuyu. tanya ustazah lepas ni aktiviti apa. ustazah taktahu. then KP kata ada aktiviti outdoor.. aku dengar pun rasa mengantuk overdose. sangat weh. tak penat mana pun. cuma mengantuk menguasai diri. lepas makan, berkumpul depan tu macam biasa dengan ahli kumpulan. 

Aktiviti seterusnya, explorace. pelik2 je tau game dia. haha. bahasa alien kena translate jadi BM, kitaorg lawan kumpulan Yuva. first kena lari kat dewan, abg adli. dah salin, nak translate tu aku blur. seriously blank. plus mengantuk and takde mood nak main game tu masatu. same goes to amina. dia pun diam je. aku pun try tak jadi blank. aku pun bagi idea.. tetibe abg adli datang bagi clue. haa see!! idea aku betul! haha kay. 

Then kena amik berus gigi lah, kain batik lah, daun kering, towel.. tapi semua barang yang kat khemah syafiq yang pergi marathon gi khemah. bapak laju dia lari. haha kesian pulak. ketua kumpulan buat sorang2. masa kain batik tu, aku nak lari gi khemah amik kain batik atirah. nak lalu shortcut tapi ada akak fasi, takut kena marah. patah balik lari gi jalan jauh.. tapi syafiq kata biar dia amik. kain batik boleh ganti kain pelikat. aku ngan amina pun termengah2 stop.. tunggu dia. pastu aku lupa nak cakap amik towel sekali. aku pun pergi jalan shortcut yg kat tandas tu. jerit dari jauh, nampak lah dia baru keluar khemah lelaki. aku jerit "Syafiq!!!! towel ada?" dia pun jerit "ada" sambil tunjuk. haha mimi kata aku jerit kuat gila. eh yeke? maybe sebab warcry smlm kot :p then dia bawak.. and tunjuk kat fasi, bunyi wisel, game tamat..

Then rehat kejap. aku tak makan akibat mengantuk yang melampau. seriously, tapi tahan je.. haha. 

Lepastu kena berkumpul ikut kumpulan balik.. aktiviti seterusnya.. yang ditunggu-tunggu.. haha. lumpur. ok. ._.

OH TIDAK! tapi watlek wat cool. kitaorg kena meniarap mula-mula. pastu abg fasi simbah air kat semua orang. akibat kumpulan 1 tepi sekali, kitaorg jerit "bang!! tak kena!" dia datang. haa kena sikit je. haha. then simbah lumpur kat kepala sorang2. time aku je, dengar benda menitik atas kepala. then air warna coklat jatuh dari tepi kepala. yuck! tetibe syafiq kata "bang nak lagi sikit" aku dalam hati.. ya Allah budak ni.. walaupun perangai dia nakal2 cemtu en tapi aku tak pernah rasa sakit hati ke apa oh. rasa bahagia jugak adalah. :D aku pun mendengus (ceh ayat novel) tak cukup2 ke lumpur? dahh! haha. THEN KENA AMIK LUMPUR TARUK KAT MUKA SENDIRI OKAY. :( syafiq kasi aku ngan amina lumpur tu. pastu aku sapu muka amina, amina sapu muka aku. then aku kejar aiman husna sebab muka dia tak penuh ngan lumpur. nasib baik tak bau pape tau. kalau macam lumpur haritu.. ya rabbi bau diaa! semerbak taik! haha.  then kena lari pergi masuk hutan. semua bangun ah. aku lari dengan atirah sebab kaki dia sakit, lari ngan atirah, amina, mimi, syafiq, and suddenly kat tengah jalan terjumpa iqbal. part jumpa iqbal tu lah kena take over! bila fasi jerit take over kena meniarap tau. tak kira masa tu kita kat mana. iqbal meniarap sebelah aku and dia dikelilingi budak perempuan. masatu syafiq terkeluar dari dikelilingi perempuan, dia depan sikit. then iqbal baring style duyung. gelak2 kitaorg. aku baling batu kat dia. kalau boleh nak baling lumpur yg aku tgh baring tu. tapi geli ah pulak haha. dah kena bangun balik tu, continue lari.. berapa kali kena take over.. sampailah dah nak sampai tempat dia.. aku dah pancit. mula2 tu aku lumba lari ngan syafiq au pastu dia kata tunggu lah jap. haha. sebab aku kedepan sikit. pastu aku tunggu semua. dia, atirah, amina. then lumba punya lumba, akhirnya jalan ramai2. dah beratur kat satu tempat tu, rambut syafiq diliputi lumpur. dia pergi pacakkan. haha aku geleng kepala je. macam2 lah dia ni. haha. then kena golek2 sepuluh kali kat lumpur. masa baring tu, nampak awan.. alahai nak tidur pulak. haha kak joy jerit 1 2 3. pergh macam askar pulak. then kena pumping and sit up pastu bersihkan diri kat sungai. habis satu badan berlumpur. dengan muka2 lagi.. pipi aku jadi lembut pulak oh lepas kopek kesan lumpur kat muka tu. haha.

lepas mandi2 tu, abg tu kasi mandi.. Dah rehat2 tu, ada aktiviti malam pulak. Peh penat overdose.


INDOOR ACTIVITY

Naik atas, solat semua lepastu ada aktiviti group macam biasa lah. Guess what? L.A.K.O.N.A.N. kay aku lemah gila part ni haha. Duduk satu group dalam 8.45pm camtu. Pukul 9 ketua kumpulan kena turun buat barbeque. So, tengah duduk tu ingat memang bebas buat lakonan apa je. Rupanya... Dah diberi tajuk.. Syafiq pegang satu kertas ni and tajuk dia buat aku rasa nak pengsan.


J.A.M.U.A.N / K.E.N.D.U.R.I

K over haha pengsan konon. First reason aku memang blank gila tajuk macam susah sangat tak dapat nak fikir. Second reason bila dieorg mula buat idea bukan-bukan iaitu kenduri kahwin. kenduri. kahwin. u. what. is. that. huh. k speechless gila. haha.

Amina kata nak buat kenduri arwah tapi ni kan macam lakonan fun kelakar takkan nak menangis kot nanti hahaha. Then bila semua dah setuju kenduri kahwin tu aku cam ya Allah can I go home? hahaha k kegedikan terserlah :p Then dieorg main pilih je and at last watak2nya adalah seperti berikut.

Qistina - Suami
Amina - Narrator
Syafiq - Isteri
Hayierul - Ibu kepada 'isteri'.
Fakrur - budak kecik mengganggu majlis orang. 
Tengku - kakak yang garang. kakak kpd budak kecik tu.
Kak Ain - Tok Kadi.
Adik India tu tak ingat nama- bapa.

Disebabkan nak lawak punya pasal jantina bertukar dah haha. Kakak Fasi kata kena ada unsur kepimpinan. Aku tanya ah mana unsurnya? dieorg semua kata biar je aaaaaa i was like ok. ._.

So, the story began. Aku sebagai suami salam tangan kak Ain as a tok kadi. Sebut nama sendiri aku terima nikahnya bagai and perasaan aku masatu hanya Allah yang tahu malu tahap tinggi mana. Sumpah malu gila. Muka merah kot. Then penonton pulak bagi feedback yang astaghfirullah. hahaha. k spontan je semua tu tak ready sangat pun. Then dah habis tu memang aku watlek ah dah lepas! haha tapi menggenggam tangan kak Ain :p Soo, masa group lain tengah present, nak tidur but tak selesa. ngantuk habiss! haha. 

After semua dah habis, dapatlah stars. Lepastu ada aktiviti outdoor pulak. Night walk :) 


OUTDOOR ACTIVITY

Kena tukar kasut siapa yang tak tukar lagi. Balik khemah but aku beratur je terus sebab dah pakai kasut. then kena beratur lelaki perempuan gilir2. Hani, Syafiq, Aku. haha. but masa tunggu turn tu memang lama gila so dapat berborak ngan dieorg lah. haha Syafiq kena duduk tepi aku ngan hani nak duduk sebelah2 nak story mory. pasal novel, korea... haha macam2. then bintang takde. masatu rasa tenang sangat. suasana sejuk, berborak2.. then banyak lah jugak aku cerita2 ngan Syafiq and Hani.Aku cakap 'eh KP ni banyak cakap jugak eh sebenarnya.' Then hani and syafiq kata 'lah baru tahu ke?' hahaha. ok lol. pastu dah lama sangat tu, tibalah turn kitaorg...

Bila abg fasi tu kata boleh jalan group, aku ngan hani berpeluk terus. hahaha excited punya pasal. yelah. kena masuk hutan kot. bukan macam tahun lepas, ada jalan tar senang boleh ikut :) tapi secara group tu perempuan jelah. hahaha. then syafiq dah panas. dia pandang tak puas hati je hahaha aku ngn hani selamba je gelak. :p kesian2. takpe2, elok2.. hiii hiii hiii (mengilai) :p Aku jalan masuk tu ngan Hani, Afiqah and Atirah. Green :D Abg Fasi tu kata ada babi bnyak dalam tu hahaha nak tergelak aku. :P masuk2 tu first2 dah ada orang jerit. abg fitri tepi hani je gi sergah. then jalan punya jalan abg adli betul2 menjerit tepi telinga aku. astaghfirullah nasib baik tak heart attack :p dah nak sampai tu dengar ada tapak kaki belakang kitaorg. rupa2nya izzat. menyelit kitaorg nak berebut ngn dia dok depan. haha laki dok belakang ah. hadoi. then sampai sama2 bau perfume ustaz syah. hahah. dia ada join. :) then masa tunggu budak2 lain tu kena senyap je duduk ramai2 kat satu tempat. memang tak nampak apa2 langsung. nak bercakap pun tak boleh. aku duduk depan abg farid haha sempit do. pastu avinash ngn sasi buat lawak bila duduk depan aku. lagi2 avinash. sakit perut aku tahan gelak sebab Avinash bising. hahaha. merepek lagi. then dah habis tu balik khemah balik.. alhamdulilah and semua tidur dengan lena :)) takyah jaga pun. ^^


LAST DAY :(


Aktiviti sikit je last day. Pagi tu ada aktiviti sikit lepas sarapan lepastu ada majlis penutup.. sebelum majlis penutup tu buat game. actually ada outdoor game, disebabkan hujan, buat indoor game.. masa majlis penutup tu style muka sedih je.. haha. like camp 2012 la. rasa taknak balik. tapi terima hakikat. ceh hiperbola. lol. kemas2 barang.. masuk semua baju plastik dalam satu beg. haha selekeh. biarlah. sementara tunggu lori adventure tu datang ada sesi amek gambar. aku pulak naik second trip masa tunggu tu termenung je.. yeah we gave first trip tu akak seniors. :P so, masa dalam bas memang semua tidur. wajib lah. penat kot. balik, end. ceh penamat dia tak best langsung. atas2 ayat gempak je. hahaha. so, gonna miss this year camp so much. dan 2012 jugaaa. hehehe. so bye assalamualaikum! :)

No comments:

Post a Comment